expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday 6 May 2012

Lelaki 20 isteri tinggal 658 waris



Gambar pada 1997 menunjukkan Kigongo (memegang tongkat) bersama isteri paling muda dan anak serta cucunya.



KAMPALA - Seorang lelaki di Uganda meninggal dunia pada umur 103, November lalu, sememangnya bertuah kerana dikurniakan 158 anak serta kira-kira 500 cucu.



Veteran Perang Dunia Kedua, Jack Kigongo dari kampung Kateera di daerah Kiboga didakwa mempunyai anak seramai itu, hasil perkahwinannya bersama 20 isteri.



Menurut salah seorang anaknya, Patrick Bulira Kigongo, keluarga mereka kini berhadapan masalah kesempitan hidup selepas bapanya meninggal dunia.



“Adik-beradik saya terpaksa menjual buah-buahan di kampung. Kami masih tinggal di dua rumah agam usang tinggalan bapa yang dibahagikan mengikut ibu masing-masing,” menurutnya lagi.



Pada 1997, kisah Kigongo yang pada ketika itu berumur 80 tahun dan baru berkahwin dengan isteri termuda berumur 18 tahun pernah dipaparkan di media tempatan.



Difahamkan, anak sulung Kigongo berumur 60 tahun, manakala, bongsu berumur 15 tahun.

2 comments:

  1. Kita yang dalam Islam ni pun isteri tak suka bermadu, macam mana la dengan diorang ni pulak ye.. tapi yg pasti, lelaki yg kahwin lebih dari 10 orang ni selalunya tinggal di rumah yang usang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..betul jugak tu..tak tau la kenapa kan..kot2 tak mampu nak bina rumah besar2 sebab banyak sgt tanggungannya...

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com