BEBERAPA pekerja sedang menyiapkan dewan paleontologi Muzium Sains Semula Jadi di Houston, Texas kelmarin.
HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) - Muzium Sains Semula Jadi
Houston akan membuka dewan paleontologi yang dibina dengan kos AS$85 juta
(RM267.5 juta) kepada umum di sini pada Jun depan.
Dewan berkenaan menyimpan beberapa fosil unik dinosaur
termasuk fosil anak Ichthyosaur yang terlekat pada saluran kelahiran ibu
reptilia tersebut.
Ichthyosaur merupakan spesies dinosaur yang melahirkan anak
dan hidup di lautan sekitar 200 juta tahun dahulu.
Beberapa ahli paleontologi dan saintis muzium berkenaan
memberitahu, dewan paleontologi dibina bagi memberikan pendedahan kepada
pelawat tentang evolusi kehidupan yang bermula sejak beberapa bilion tahun
lalu.
"Anda juga boleh menyentuh fosil yang berusia 3.5 bilion
tahun," kata kurator paleontologi muzium berkenaan, Robert Bakker.
Pameran pertama dewan tersebut, Safari Prasejarah, akan
dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun depan. - Agensi
No comments:
Post a Comment