Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam
penjagaan mulut sempurna.
TAHUKAH anda 54 peratus rakyat Malaysia tidak tahu apakah itu
plak dan majoriti (sehingga 95 peratus) tidak menyangka plak adalah punca utama
masalah gigi? Jadi, apakah plak?
Plak adalah selaput melekit tidak berwarna dan dihasilkan
bakteria yang sentiasa terbentuk pada permukaan gigi. Air liur, makanan dan
cecair bergabung menghasilkan selaput ini yang melekat pada gigi serta di
antara permukaan gigi dan gusi.
Pembentukan plak boleh menyebabkan gigi kotor dan juga faktor
utama penyakit gusi.
Membanteras plak adalah proses sepanjang hayat dalam
penjagaan mulut sempurna. Plak juga mampu menyebabkan kaviti yang akan
melemahkan gigi.
Plak mampu terbentuk pada gigi empat hingga 12 jam selepas
memberus.
Justeru penting untuk memberus gigi sekurang-kurangnya dua
kali sehari dan menggunakan flos setiap hari. Memberus gigi sahaja tidak
mencukupi. Pastikan anda menggunakan flos setiap hari untuk membersihkan kawasan
yang sukar dicapai terutamanya di celah-celah gigi bagi membanteras plak.
TartarTartar atau juga dikenali kalkulus, adalah selaput
berkerak yang akan memerangkap kotoran dan menyebabkan gigi bertukar warna.
Kalsium dan fosfat kemudian bergabung untuk membentuk kerak kristal pada gigi.
Kalsium fosfat ini kemudian akan mengeras dengan plak dan
membentuk kalkulus. Terdapat bahan kimia tertentu dipanggil pirofosfat membantu
mengurangkan pembentukan kalkulus dengan menghentikan pertumbuhan kristal pada permukaan
gigi dan menghalang kristal baru daripada terbentuk.
Tartar membentuk ikatan kuat yang hanya mampu ditanggalkan
oleh pengamal pergigian profesional.
Pembentukannya juga mungkin menyebabkan sukar untuk
menanggalkan bakteria plak dan seterusnya meningkatkan potensi masalah besar
pada masa depan.
PencegahanPlak dan tartar tidak bertindak dengan cara yang
sama kepada semua orang. Setiap individu berbeza terhadap cara mereka mendapat
dan menentang jangkitan.
Untuk kebanyakan kita, selaput akan terbentuk dengan pantas
apabila usia semakin meningkat. Ini bermakna, semakin kita tua, semakin kerap
kita harus memantau kesihatan gigi kita.
Selain itu, kita perlu mengelakkan pembentukan plak dan
tartar dengan mengubah cara kita menjaga kesihatan gigi.
Pertama, pilih berus gigi yang betul.
Misalnya, berus Oral-B Cross Action Pro-Health
membantu menanggalkan sehingga 99 peratus plak dengan berus bersudut
CrissCross.
Berus Power Tip pula membantu membersihkan kawasan yang sukar
dicapai dan lembut pada enamel dan gusi.
Dengan penggunaan yang kerap, ia telah terbukti secara
klinikal membantu menanggalkan lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa
dengan bantuan berus CrissCross yang bersudut pada 16 darjah bagi menentang
plak.
Kedua, dengan membersihkan gigi secara profesional setiap
enam bulan atau lebih kerap seperti yang disarankan doktor gigi.
Sekiranya anda tidak menanggalkan plak daripada gigi dengan
menggunakan flos dan memberus gigi, anda meningkatkan risiko pembentukan
kaviti.
Kaviti adalah lubang kecil yang terbentuk pada gigi yang
reput akibat kurangnya penjagaan.
Sekiranya anda mempunyai gigi, tidak kira usia anda, kaviti
mampu terbentuk.
Ia adalah masalah gigi yang sering ditemui di seluruh dunia.
Namun, penjagaan gigi yang sempurna termasuk penggunaan flos yang betul dapat
membantu menghalang pembentukan kaviti.
Sekiranya anda tidak menghiraukan kaviti untuk waktu yang
panjang, ia akan menjadi lebih besar dan menyebabkan sakit gigi. Sekiranya anda
tidak mendapatkan rawatan tampalan dengan doktor gigi, kaviti akan membawa
kepada jangkitan dan anda mungkin akan kehilangan gigi atau mendapat jangkitan
yang teruk.
MengawalCegah kaviti dengan mengawal pembentukan plak melalui
rutin memberus gigi dua kali sehari dan dengan menggunakan flos setiap hari.
Pilih berus gigi dan produk flos yang anda suka agar anda
gemar menggunakannya setiap hari.
Jangan lupa menjadualkan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi
untuk pembersihan profesional dan mengenal pasti sebarang masalah sebelum
menjadi serius.
No comments:
Post a Comment