expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 23 June 2012

10 mitos wang




Jika suatu ketika, amalan sistem barter digunakan untuk mendapatkan barangan atau perkhidmatan tetapi setelah diperkenalkan mata wang, ia menjadi lebih mudah.


Bagaimanapun  masyarakat didedahkan dengan pelbagai kepercayaan dan mitos mengenai wang. Disinilah terletaknya kebijaksanaan individu untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Antara mitos mnegenai wang ialah:


Mitos 1 : Kehidupan akan tenang jika memiliki wang yang banyak


Antara mitos yang menarik ialah kepercayaan masyarakat bahawa mereka yang mempunyai wang yang banyak merupakan seorang yang bijak, berdisiplin, berkeyakinan dan memiliki kehidupan yang tenang.


Hakikatnya, manusia tidak pernah mensyukuri nikmat dan tidak pernah merasa cukup. Mereka dengan gaya hidup yang mewah sebenarnya memerlukan kos yang lebih tinggi dalam melangsungkan kehidupan. Ia juga tiada kaitan dengan aspek kebijaksaan.


Mitos 2: Tidak menguasai urusan kewangan


Ilmu pengetahuan amat diperlukan untuk mahir dalam urusan kewangan. Untuk menguasai kemahiran pengurusan kewangan tidak sukar sebenarnya. Banyakkan membaca dan menimba ilmu.


Langkah pertama yang boleh dilakukan ialah mempelajari asas-asas mengenai kewangan dan mengetahui langkah praktikal yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah kewangan anda. Jangan gopoh dan terlalu tertekan sewaktu menguruskan masalah kewangan anda.


Mitos 3 : Serahkan perancangan kewangan dan pelaburan kepada pakar


Penasihat kewangan berperanan untuk membantu mengenal pasti masalah dan matlamat supaya mereka dapat membantu anda merangka pelan bagi mencapai matlamat tersebut. Mereka membantu dalam meningkatkan pemahaman risiko yang berkaitan dan menyediakan khidmat nasihat.


Anda juga perlu sentiasa bertanggungjawab terhadap kewangan anda. Pandangan mereka mungkin berbeza dengan pandangan anda.


Mitos 4 : Komitmen mampu menyelesaikan masalah kewangan


Secara realitiknya, dalam kehidupan masa kini, wang amat diperlukan. Segala keperluan memerlukan wang untuk mendapatkannya. Biarpun ada berpendapat wang bukan segala-galanya tetapi di dunia ini memerlukan wang. Sebaiknya, perbaiki ekonomi peribadi sebagai langkah perancangan masa hadapan yang lebih baik.


Mitos 5 : Barang berkualiti lebih mahal


Jadilah pengguna yang bijak. Tidak semestinya barangan dengan harga yang rendah tidak berkualiti. Hakikatnya, produk yang mahal dipengaruhi dengan imej kualiti yang digambarkan melalui penjenamaan, pembungkusan dan pengiklanan.


Mitos 6 : Kad kredit dank ad debit kemudahan ketika berbelanja


Kad kredit dank ad debit merupakan satu kemudahan untuk berurus niaga tanpa perlu membawa wang tunai. Namun, ia mungkin boleh membahayakan keselamatan pemilik. Kad kredit tidak sewajarnya digunakan untuk menunjuj-nunjuk apatah lagi untuk perbelanjaan yang tidak perlu. Penggunaannya juga boleh menyebabkan seseorang berbelanja mengikut kehendak nafsu.


Oleh itu, setiap pemegang kad kredit harus bijak mengimbangi antara perbelanjaan dengan pendapatannya supaya ia tidak menjadi suatu bebanan pada masa mendatang.


Mitos 7 : Wang sebagai pengganti masa dan kasih sayang


Terdapat individu yang menggunakan wang sebagai ganti bagi masa dan kasih saying. Contohnya ibu bapa yang sibuk bekerja akan memenuhi segala kehendak anal-anak. Kita harus sedar nilai kasih saying itu tidak boleh diganti dengan wang ringgit.


Paling penting ialah usaha yang seimbang dan kesedaran terhadap pentingnya mengimbangi kehidupan. Anda perlu mencari wang untuk meneruskan kehidupan tetapi jangan menjadi hamba kepada wang sehingga tiada kasih saying dalam keluarga.


Mitos 8 : Perlindungan sebenar ialah wang yang banyak


Wang adalah segala-galanya ternyata tidak benar. Memang wang sangat penting kerana pada hari ini hampir segala-galanya memerlukan wang. Namun percayalah, wang bukan jaminan untuk membawa kebahagiaan kerana dalam kehidupan ini ada perkara lain yang lebih penting utnuk mewujudkan bahagia. Dari aspek ekonomi, bukan wang menjadi kayu pengukur, sebaliknya pengurusan wang yang bijak dapat menjamin kestabilan ekonomi.


Mitos 9 : Perlu pasangan yang berkemahiran dalam hal ehwal kewangan


Pengaliran wang yang tersusun penting dalam rumah tangga. Jangan serahkan hal kewangan kepada satu pihak sahaja. Kedua-dua pihak seharusnya melibatkan diri atau sekurang-kurangnya mengambil tahu mengenai urusan kewangan keluarga. Lakukan pengurusan kewangan bersama-sama.


Mitos 10 : Orang yang berjaya memiliki wang yang banyak


Bukan semua orang yang Berjaya mesti memiliki wang yang banyak. Terdapat ramai tokoh Berjaya dalam bidang yang diceburi tanpa  menjadikan kekayaan sebagai sasaran, sebaliknya untuk mendapatkan kepuasan. Bacalah kisah kejayaan mereka sebagai motivasi kepada anda dan ini membuktikan  bahawa wang bukanlah faktor utama untuk Berjaya.

2 comments:

  1. Suka ayat yang akhir sekali. Bukan semua orang yang Berjaya mesti memiliki wang yang banyak.. ada beberapa buah negara yang kurang maju memiliki presiden yang hidup dalam sederhana. Bukan mereka tak dapat gaji tinggi tetapi mereka agihkan gaji bulanan kepada rakyat yang lebih memerlukan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pemimpin yg adil dan sgt berjiwa rakyat..tau penderitaan rakyatnya...

      Delete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com