expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 24 June 2012

Unta ganti kereta




LUAR BIASA... biasanya unta dilihat di padang pasir, tindakan pasangan Fossett menggunakan mamalia itu untuk membawa anak mereka pulang dari sekolah sentiasa mencuri perhatian ramai.


KETIKA orang lain berulang-alik dari rumah ke sekolah menaiki pelbagai jenis kenderaan untuk mengambil anak masing-masing, keluarga Joseph Fossett memilih unta sebagai pengangkutan mereka.


Menariknya, keluarga itu bukan saja memiliki satu unta, malah enam ekor, menjadikan mereka satu-satunya penduduk Britain memiliki sekumpulan haiwan itu.


Biasanya tinggal di kawasan padang pasir, Ruby, Sahara, Sophia, Kokoso, Kazak dan Veneta - nama keenam-enam unta itu - hidup dikelilingi persekitaran kampung di Idlicote, Warwickshire.



















 


UNIK... Joseph dan Rebecca Fossett bersama unta peliharaan.

























 
SELAMBA... bukan aneh jika pasangan Fossett menaiki unta mereka bersiar-siar di pekan.


Justeru, bukan menjadi keanehan kepada penduduk setempat apabila melihat keluarga terbabit bersiar-siar dengan unta berkenaan.


Di Idlicote, Fossett tinggal bersama isteri, Rebecca, dan dua anak mereka, Daisy, 13, dan Leo, 10.


Menurut Rebecca, 42, mereka menganggap keenam-enam unta itu sebahagian daripada keluarga dan mendapat layanan yang kadang-kadang lebih baik daripada sepatutnya. “Malah, ada pub di sini meletakkan papan tanda mengalu-alukan kedatangan unta kami,” katanya. Rebecca mengakui, memelihara unta memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, selain perhatian yang lebih banyak berbanding haiwan peliharaan lain.


Namun, katanya, di sebalik isu itu, beberapa persamaan sifat unta itu dengan haiwan peliharaan domestik menyebabkan mereka rela menghadapi apa saja kerumitan yang timbul. “Terbukti unta adalah teman yang hebat dan manja,” katanya. Enam unta dimiliki pasangan Fossett itu membabitkan tiga baka Arab dan tiga lagi jenis Bactrian yang dipelihara sejak lima tahun lalu. Menurut Fossett - lahir dalam keluarga ahli sarkas, dia memang mempunyai sejarah panjang dengan mamalia bersaiz besar itu.




 
SELAMBA... bukan aneh jika pasangan Fossett menaiki unta mereka bersiar-siar di pekan.


Keadaan itu membolehkan haiwan yang biasanya berkeliaran di Padang Pasir Gobi atau di negara Arab, unta yang berharga £10,000 (RM49,000) setiap seekor kini hidup selesa di sekitar Warwickshire.


Fossett, 52, berkata dia memiliki beberapa unta ketika kecil dan mula ‘jatuh hati’ kepada haiwan itu sejak berjinak-jinak dengannya.


“Unta haiwan yang hebat dan setiap seekor memiliki personaliti masing-masing,” katanya.


Sebenarnya, unta bukanlah satu-satunya haiwan peliharaan keluarga Fossett. Selain unta, mereka juga memiliki pelbagai jenis haiwan, termasuk anjing, kucing dan ferret (sejenis musang).


Di sebalik pelbagai jenis haiwan itu, Fossett menganggap unta paling berharga dan tidak mungkin ditukar ganti dengan apa saja. Kata Fossett, mereka adalah satu-satunya keluarga yang memiliki sekumpulan unta di Britain dan yakin tiada sesiapa dapat menandingi kelebihan itu dalam tempoh terdekat. Selain mengambil anak-anak dari sekolah, pasangan Fossett juga memanfaatkan unta mereka sebagai punca pendapatan.



















 


LEPAS LELAH... penduduk Idlicote sering terserempak dengan unta peliharaan keluarga Fossett.


Dalam keadaan tertentu, mereka menyewakan haiwan berkenaan kepada rakan atau sesiapa saja yang bersedia membayar sejumlah upah untuk merasai pengalaman menunggang unta. Sesekali, Rebecca mengetepikan kereta keluarga dan memilih unta mereka untuk bersiar-siar atau ke kedai membeli barangan keperluan sebagai ‘kenderaan mesra alam.’ “Kami keluar menaiki unta sekali dua setiap minggu dan nampaknya orang ramai gembira walaupun ada yang terkejut melihat haiwan kami,” katanya. Mengenai reaksi penduduk setempat, Rebecca berkata, biasanya mereka kagum dengan sifat lemah-lembut unta itu, selain tidak mempunyai bau tidak menyenangkan.


Katanya, memang lazimnya unta mempunyai reputasi buruk, tetapi keadaan itu tidak sepatutnya berlaku. “Unta sangat jinak dengan manusia di sebalik sifatnya yang mudah berang dan gemar meludah merata-rata,” katanya. Hakikatnya, kata Rebecca, unta gemar berinteraksi dengan manusia dan suka kepada pantai.


Sebaik berasa pasir di kaki, kata Rebecca, unta itu jelas kelihatan teruja seolah-olah berada di padang pasir. Walaupun begitu, kata Fossett, suasana laut agak mengelirukan haiwan berkenaan kerana mereka jarang mengunjungi pantai kecuali ketika musim panas. Untuk memelihara enam unta itu, keluarga Fossett terpaksa berbelanja ribuan pound setiap tahun, termasuk bagi menyediakan jerami dalam kandang yang dibina khas di laman mereka. Kos tambahan juga diperlukan bagi membeli air dan tumbuhan khusus seperti barli dan oat.


Sesekali, unta itu diberi makan strawberi segar. Kata Fossett, sukar menyatakan berapa banyak wang dibelanjakan untuk enam untanya kerana selain kos biasa, ada juga kos tersembunyi - seperti biaya membersih dan menghias serta mengekalkan kualiti kandang - yang ditanggung setiap tahun. “Anda perlu benar-benar tahu bagaimana menjaga unta.


“Saya tidak menyarankan anda menjadikan unta sebagai haiwan peliharaan kecuali anda memiliki tanah luas serta pengetahuan mencukupi,” katanya. Selepas berjaya membiakkan unta - dengan kelahiran Kazak dan Sahara - pasangan suami isteri itu bersetuju memanfaatkan haiwan berkenaan untuk menjana pendapatan.


Justeru, tertubuh syarikat Joseph’s Amazing Camels yang menawarkan unta untuk disewa bagi memeriahkan sesuatu majlis. Pada masa sama, Fossett dan Rebecca membeli insurans liabiliti awam dengan nilai keseluruhan £5 juta (RM24.8 juta).

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com