COPENHAGEN, Denmark - Sejumlah pelawat yang mengunjungi Taman
Botani di sini semalam dikejutkan dengan bau mayat mereput.
Bau busuk itu sebenarnya berpunca daripada tumbuhan Titan
arum atau nama saintifiknya, Amorphophallus Titanum.
Spesies tersebut turut dikenali sebagai bunga mayat kerana
mengeluarkan bau busuk apabila mekar.
Bunga tersebut berkembang sekali sejak sembilan tahun lalu. -
Agensi
No comments:
Post a Comment