RATU melahirkan anak jantan.
JAKARTA: Badak sumbu spesies Sumatra yang hampir pupus,
dilahirkan di tempat perlindungan di Indonesia, kelahiran keempat dalam
kurungan direkod sejak lebih 10 tahun, memberi harapan kepada ahli
pemuliharaan, bilangan spesies ini akan bertambah.
Ahli pemuliharaan Widodo Ramono yang bekerja di tempat
perlindungan di Pulau Sumatera, berkata, “Ratu melahirkan seekor anak jantan
pada 12.45 malam semalam. Ibu dan anak berada dalam keadaan baik.”
Tiga kelahiran badak sumbu spesies Sumatra sebelum ini
direkodkan di Zoo Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat. Bapa kepada anak badak
itu, Andalas, adalah yang pertama dihantar di pusat perlindungan dalam 112
tahun. Menurut zoo itu, dia dilahirkan pada September 2001.
Andalas dibawa ke Indonesia untuk mengawan dengan Ratu, badak betina yang hidup liar tetapi keluar dari hutan dan kini tinggal di Tempat Perlindungan Badak Sumbu Sumatra di Taman Negara Kambas.
Populasi badak sumbu Sumatra jatuh 50 peratus sejak 20 tahun lalu disebabkan pemburuan haram dan pemusnahan habitat mereka. - AFP
No comments:
Post a Comment