Pergaulan telah menjadi wasilah dalam kehidupan manusia yang
sangat penting demi melaksanakan tuntutan agama.
Interaksi manusia yang terbina melalui pergaulan juga akan
menyebabkan mereka dapat berhubung dan membina jalinan mahabbah antara
satu sama lain.
Melalui pergaulan inilah akan berlaku pertukaran budaya,
pemikiran dan material. Bahkan, pergaulan yang baik akan menjadi benteng kepada
manusia dalam menjaga diri daripada syaitan yang seringkali mencari peluang
untuk memperdaya dan menyesatkan manusia.
Ini kerana, orang yang bersendirian akan lebih terdedah
kepada ancaman hasutan daripada syaitan.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya
syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada
ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah
kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang
ramai dan masjid." (riwayat Ahmad)
Demikian juga yang berlaku dalam dunia pekerjaan. Hampir
semua kerja yang kita lakukan memerlukan pergaulan. Justeru, kita perlu menjaga
akhlak dan batasan terutamanya apabila pergaulan tersebut melibatkan lelaki dan
perempuan.
No comments:
Post a Comment