expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 23 May 2012

Piala AFC: Kelebihan Kelantan main tempat sendiri



KOTA BAHARU - Pasukan Kelantan yakin mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri pada perlawanan pusingan kedua Piala AFC menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, malam esok.


Selain itu, kedudukan Kelantan di tempat pertama carta liga Malaysia setelah menjuarai Piala FA juga wajar diberi perhatian oleh pasukan lawan semasa bertemu mereka, kata Ketua Jurulatih Kelantan Bojan Hodak.


Beliau berkata walaupun tidak meletakkan sasaran tinggi untuk Piala AFC memandangkan Liga Super dan Piala Malaysia lebih penting, Bojan berjanji untuk memberi persembahan terbaik ketika menentang Terengganu.


"Terengganu mempunyai pemain berbakat. Mereka akan melakukan yang terbaik tetapi Kelantan mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri,"  katanya pada sidang akhbar pra-perlawanan pusingan kedua Piala AFC di sini, hari ini.


Perlawanan esok bakal menentukan pasukan yang akan mara ke suku akhir Piala AFC.


Jurulatih dari Croatia itu berkata beliau belum membuat keputusan berhubung kesebelasan utama Kelantan yang akan bermain esok.


Jurulatih baru Terengganu Peter James Butler pula berkata mereka yakin dapat menewaskan Kelantan walaupun bermain di tempat lawan selagi pemainnya sentiasa berfikiran positif.


Dalam perkembangan lain, pegawai media Persatuan Bola Sepak Kelantan Wan Badri Wan Omar berkata harga tiket perlawanan itu dijual RM10 bagi tempat terbuka dan RM20 bagi astaka.- Bernama

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com