SEBUAH bas yang membawa tetamu majlis
perkahwinan terbabas ke dalam gaung di Kampung Narar kelmarin.
ISLAMABAD - Seramai 23 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi
cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan majlis perkahwinan terjunam ke
dalam gaung di Kampung Narar, Pakistan, kata beberapa pegawai kesihatan dan
polis semalam.
Kemalangan itu berlaku ketika bas tersebut membawa 80
penumpang yang dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan kelmarin.
Menurut ketua hospital di daerah Kahuta, Ziaullah Khan,
seramai 20 mangsa terbunuh di tempat kejadian.
Beliau berkata, seramai 64 mangsa yang cedera dihantar ke
hospital.
"Tiga lagi mangsa meninggal dunia ketika dirawat di
hospital menjadikan jumlah yang terbunuh ialah 23 orang. Wanita dan kanak-kanak
antara yang terbunuh," katanya.
Seorang pegawai kanan polis di Rawalpindi, Azhar Hameed
Khukhar berkata, mengikut laporan awal, bas itu terbabas ke dalam gaung semasa
melalui selekoh.
No comments:
Post a Comment