BEBERAPA anggota bomba memadamkan
kebakaran sebuah bangunan bersejarah di Amsterdam semalam.
AMSTERDAM - Dua orang cedera dan seorang lelaki dilaporkan
meninggal dunia selepas satu kebakaran berlaku di sebuah bangunan kecil di
pusat bersejarah Amsterdam.
Menurut Jabatan Bomba di sini menerusi laman Twitter,
kebakaran yang mencederakan dua orang itu berjaya dipadamkan.
Beberapa saksi yang dipetik sebuah stesen televisyen tempatan
berkata, mangsa yang maut ialah seorang lelaki muda yang melompat dari tingkap
untuk mengelak daripada dijilat api.
Namun, pihak bomba gagal dihubungi bagi mengesahkan kematian.
Seorang jurugambar di tempat kejadian itu melihat bangunan
berusia 200 tahun yang musnah itu hanya beberapa ratus meter dari Dataran Dam.
- Agensi
No comments:
Post a Comment