expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 9 June 2012

Kencing tak lawas bagi lelaki






Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.




 
Kencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.


Jenis-jenis


1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.


2. Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.


3. Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.


4. Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.


Punca-punca





 
Pembesaran kelenjar prostat


Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.


Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang  menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.


Urinary bladder carcinoma


 
Barah pundi kencing


Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.




 
Kencing manis ( diabetes )


Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.


Langkah-langkah pengawalan





 
Hadkan air minuman dalam sehari


Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang  menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.





 
Elakkan minuman keras


Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang  kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya anda ke atas.



 


Elak pengambilan kopi


Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.


Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah ( asidik ).




 
Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.





 
Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik


Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.





Amalkan yogurt atau minuman yogurt


Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik  
( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.




 
Amal teknik buang air kecil dua kali


Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.

16 comments:

  1. info yang sangat bermanfaat..terutama untuk kaum lelaki...take note!

    ReplyDelete
  2. nice info...baru tau teknik kencing dua kali tu....

    ReplyDelete
  3. banyak tahu pasal lelaki ni? hehe apepun info yang bermanfaat.. Terbaik! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan banyak tahu..tapi kena ambil tahu..thanks..:-)

      Delete
  4. Kencing tak lawas ni bole juga mngakibatkan setiap kali make love bersma isteri mnyebabkan suami cepat game..adakah ia biasa jg?.mohon share..

    ReplyDelete
  5. Kencing tak lawas ni bole juga mngakibatkan setiap kali make love bersma isteri mnyebabkan suami cepat game..adakah ia biasa jg?.mohon share..

    ReplyDelete
  6. jika sesiapa ada maslah kencing sakit, kencing xlawas, kerap kencing, pm saya untuk membantu anda

    0136240955(ulfa)

    ReplyDelete
  7. Faktor umur juga menyebabkan kelenjar mula mengecut kan.
    Kena banyak ambil vitamin untuk bantu.

    ReplyDelete
  8. sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com