expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 29 June 2012

Epal dan beri biru halang diabetes tahap 2





Buah epal dan buah beri biru mempunyai khasiat yang  amat tinggi untuk kesihatan tubuh. Menurut sebuah kajian di Amerika, mengambil buah epal dan beri biru secara rutin boleh menghalang risiko penyakit Diabetes tahap 2.


Seperti yang diketahui, kedua-dua jenis buah ini memiliki kandungan flavonoid yang tinggi, iaitu sejenis sebatian semula jadi di dalam buah tersebut yang diyakini berfungsi dengan baik untuk menurunkan risiko diabetes. Buah yang kaya dengan flavonoid ini didapati dapat membantu mengurangi risiko tekanan darah tinggi, jantung  mahupun kanser.




 
Di dalam kajian yang melibatkan 200 ribu orang responden ini, didapati bahawa mereka yang memakan buah beri biru secara rutin  memilikui risiko yang rendah untuk menghidap diabetes tahap 2 sehingga 23 peratus berbanding mereka yang tidak memakan buah tersebut. Peratusan tersebut didapati bersamaan dengan mereka yang memakan buah epal lebih daripada lima  biji setiap minggu berbanding dengan mereka yang tidak memakannya.

1 comment:

  1. Subhanallah ! cantiknya buah nie.Betul ker boleh buat penawar penyakit kencing
    manis
    ? Buah ni boleh tanam kat malaysia ker ? Ni berita baik untuk sesaper
    yang ada masalah kencing manis.
    Alhamdulillah ader lagi bertambah alternatif baru.

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com