SEBUAH jentolak digunakan untuk
menarik seekor ikan paus sperma yang mati selepas haiwan itu terdampar di
sebuah pantai dekat bandar Luquillo pada Sabtu lalu.
LUQUILLO, Puerto Rico - Seekor ikan paus sperma yang
seberat 6,818 kilogram mati selepas lima jam haiwan itu ditemui terdampar di
pantai dekat bandar ini pada Sabtu lalu.
Seorang pakar biologi hidupan laut di Pusat Pemuliharaan
Manatee di Universiti Interamerican, Puerto Rico, Antonio Mignucci berkata,
ikan paus betina itu sepanjang 10 meter.
Menurutnya, satu bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan
punca kematian haiwan tersebut. - Agensi
No comments:
Post a Comment