expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday 27 June 2012

Kegagalan hati akut




Boleh berlaku dengan pantas


Kegagalan hati akut berlaku apabila hati degan pantasnya hilang kebolehan untuk berfungsi. Kegagalan hati terbentuk secara perlahan seiring dalam beberapa tahun. Tetapi dalam kes kegagalan hati akut, ia terbentuk dalam bebrapa hari sahaja.


Kegagalan hati akut boleh menyebabkan banyak komplikasi termasuklah pendarahan berlebihan dan penigkatan tekanan dala otak. Ia adalah kecemasan perubatan yang memerlukan rawatan.


Bebrapa penyebab penyakit ini boleh diterbalikkan. Tetapi dalam situasi lain, pemindahan atau transplan hati mungkin satu-satunya peluang untuk menyembuhkan kegagalan hati akut.





Gejala-gejala


Tanda-tanda dan gejala-gejala kegagalan hati akut termasuklah:
  •        Kulit dan biji mata menjadi kekuningan ( jaundice )
  •        Sakit pada bahagian atas kawasan perut
  •       Loya
  •       Muntah-muntah
  •      Rasa tidak sihat
  •      Kesukaran untuk memberi perhatian
  •      Keliru
  •      Rasa mengantuk
 
Bila perlu bertemu doktor


Kegagalan hati akut boleh terbentuk degan cepat dan membahayakan. Jika anda dengan tiba-tiba mendapati kulit atau mata menjadi kekuningan, rasa sakit pada bahagian atas perut atau sebarang perubahan dalam mental, personaliti atau tabiat, segeralah bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan sepatutnya.




 
Penyebab 


Kegagalan hati akut berlaku apabila sel-sel hati mengalami kerosakkan dan tidak berupaya untuk berfungsi. Penyebab kegagalan hati akut termasuklah:

  •   Pengambilan acetaminophen berlebihan daripada yang dinasihatkan oleh doktor terutamanya kepada pesakit yang mengalami penyakit hati kronik.
 
  •   Ubatan yang dipreskripsi termasuklah antibiotik, ubat antikeradangan bukan steroid, dan antisawan boleh menyebabkan kegagalan hati akut.
 
  •   Hepatitis A, Hepatitis B dan Hepatitis E boleh menyebabkan kegagalan hati akut. Virus-virus lain yang boleh menyebabkan kegagalan hati akut termasuklah virus Epstein-Barr, cytomegalovirus dan virus herpes simplex.
 
  •   Ubatan herba tertentu
 
  •   Toksin
 
  •   Kegagalan hati boleh disebabkan oleh hepatitis autoimun – satu penyakit yang menyebabkan sistem imun menyerang sel-sel hati, sekaligus menyebabkan keradangan dan kecederaan.
 
  •  Penyakit vascular seperti sindrom Budd-Chiari boleh menyebabkan sekatan terbentuk dalam vena hati dan membawa kepada kegagalan hati akut.
 
  •   Kanser yang bermula dari hati atau kanser yang merebak pada hati dari kawasan lain dalam tubuh boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

Komplikasi


Cecair berlebihan dalam otak

( cereberal edema )

Cecair berlebihan boleh menyebabkan tekanan terbentuk dalam otak. Ia boleh meletakkan tisu otak keluar daripada ruang biasanya. Cereberal edema juga boleh mengurangkan oksigen dalam otak.


Penyakit pendarahan


Hati yang semakin rosak tidak berupaya untuk menghasilakn jumlah faktor-faktor pembeku secukupnya. Pendarahan daripada ulser dalam saluran gastrousus atau lokasi lain amat sukar untuk dikawal kerana darah tidak membeku dengan cepat.


Jangkitan 


Pesakit kegagalan hati akut berisiko tinggi mendapat pelbagai jangkitan, terutamanya dalam darah, saluran pernafasan dan urinary.


Kegagalan buah pinggang


Kegagalan buah pinggang seruing berlaku berikutan dengan kegagalan hati. Ini biasanya berlaku dalam kes pengambilan acetaminophen berlebihan yang merosakkan hati dan buah pinggang.


Ujian dan diagnosis


Ujian-ujian prosedur yang digunakan untuk mendiagnos kegagalan hati akut termasuklah:




 
Ujian darah


Ujian darah dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana fungsi hati termasuklah ujian masaa prothrombin yang mengukur tempoh masa yang diambil oleh darah untuk membeku. Jika anda mengalami kegagalan hati akut, darah tidak akan membeku secepat seperti yang sepatutnya.


Ujian pengimbasan


Doktor mungkin mencadangkan ujian pemgimbasan seperti ultrasound untuk menilai hati. Ujian pengimbasan ini boleh menunjukkan kerosakkan hati dan boleh membantu doktor untuk mengenal pasti penyebab masalah hati.


Pemeriksaan tisu hati


Doktor akan mencadangkan prosedur untuk mengambil tisu hati yang kecil. Ujian tisu hati ini boleh membantu doktor untuk memahami mengapa hati anda rosak. Bagi mereka yang berisiko mengalami pendarahan semasa biopsi, doktor melakukan biopsi hati transjugular. Untuk melakukan ujian ini, satu insisi kecil dilakukan pada bahagian kanan leher dan tiub halus dimasukkan ke dalam vena besar leher, ke jantung dan terus ke dalam vena yang keluar dari hati. Doktor anda kemudiannya akan memasukkan jarum melalui tiub dan mengambil sampel tisu


Rawatan dan ubatan




 
Dalam kebanyakkan kes, rawatan yang dilakukan melibatkan pengawalan komplikasi dan memberi masa kepada hati untuk sembuh. Rawatan-rawatan untuk kegagalan hati akut termasuklah:


Ubatan untuk membalikkan semula keracunan


Kegagalan hati akut disebabkan oleh pengambilan acetaminophen berlebihan atau keracunan cendawan dirawat dengan ubat yang boleh membalikkan semula kesan racun.


Pemindahan hati


Dalam kebanyakkan kes, kegagalan hati akut tidak boleh dibalikkan. Dalam situasi sebegini, satu-satunya rawatan adalah pemindahan hati. Semasa pembedahan, pakar bedah akan mengeluarkan hati yang rosak dan kemudian menukarkannya dengan hati yang sihat daripada penderma.




 
Pencegahan 

  •  Ikut arahan dalam pengambilan ubat
 
  •  Beritahu doktor semua ubat yang diambil kerana sesetengah ubat-ubatan seperti herba boleh mengganggu ubat yang diberikan oleh doktor
 
  • Hadkan pengambilan alcohol
 
  • Elak melakukan tabiat berisiko seperti penggunaan dadah, berkongsi jarum untuk suntikan dan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual.
 
  • Dapatkan vaksinasi jika anda berisiko tinggi mendapat hepatitis
 
  • Elakkan diri untuk menyentuh darah dan cecair tubuh orang lain. Ini adalah kerana virus hepatitis boleh merebak melalui jarum secara tidak sengaja atau darah dan cecair tubuh yang tidak dibersihkan  dengan sempurna.
 
  •  Jangan memakan cendawan liar yang beracun
 
  •  Berhati-hati dengan penggunaan penyembur aerosol. Apabila anda menggunakan pembersih aerosol, pastikan memakai topeng atau bilik itu mempunyai cukup pengudaraan.
 
  • Pilih amalan pemakanan yang sihatkekalkan berat yang sihat. Obesiti boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil penyakit hati berlemak bukan alkoholik. Ini termasuklah hati berlemak, hepatitis dan sirosis.

4 comments:

  1. Dulu akak iha pernah kena mcm ni.. tapi sekejap je masa sekolah dulu..

    ReplyDelete
  2. Salam . Kalau orang umur 60an boleh ke buat transplan tu? Ade ke ape ape high risks utk umur yg mcm tuu?

    ReplyDelete
  3. Salam . Kalau orang umur 60an boleh ke buat transplan tu? Ade ke ape ape high risks utk umur yg mcm tuu?

    ReplyDelete

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com