expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, 4 June 2012

Populariti Twitter menurun?


















Populariti Twitter menurun?


DENGAN berita-berita terkini Facebook, kadar IPO yang rata, kepentingan peraturan dan berita perkahwinan pengasas Facebook Zurckerberg dan Chan, anda semua mungkin lupa mengenai Twitter.


Menurut hasil selidik Pusat Internet Pew dan American Life, secara purata, hanya lapan peratus penduduk Amerika Syarikat (AS) yang memeriksa akaun Twitter mereka setiap hari.


Menurut pakar Penyelidik Kanan, Harun Smith mereka menggunakan soalan-soalan asas yang berbeza tetapi adil untuk menganggap majoriti pengguna menggunakan akaun Facebook dalam kombinasi rangkaian sosial yang lain.


Ini bermakna Facebook masih kekal popular di kalangan penduduk AS. Seorang penulis Forbes menyifatkan yang Twitter seolah-olah penting dalam beberapa bentuk komunikasi tetapi tidak semua pihak bersetuju mengenai kenytaan ini.


Mungkin kerana mengelirukan, Twitter secara berterusan menyampaikan berita atas sebab selain daripada populariti. Rangkaian sosial ini menjadi asas dan memainkan peranan penting semasa bantahan negara Arab apabila seorang lelaki Pakistan secara tidak sengaja memberi amaran  dengan mengemas kini status Twitternya, sekali gus memberitahu dunia tahun lepas berhubung serbuan yang membunuh Osama Laden.


Akaun Twitter juga digunakan oleh pengarah terkenal Kevin Smith sebagai cara untuk mengadu tentang perkhidmatan pelanggan yang tidak memuaskan dan mewujudkan perbualan antara kumpulan kumpulan-kumpulan yang sangat berbeza seperti penyanyi rap dari Kanada, Drake dan jutawan minyak T. Boone Pickens.


Twitter sedang berkembang dalam pelbagai cara, dalam bilangan Tweet yang dihantar setiap hari, dalam hasil iklan, bilangan selebriti dan jenama menggunakannya tetapi dari segi keseluruhannya, kadar penduduk yang menggunakan Twitter semakin menurun.


Facebook berkata, setakat ini mereka mempunyai 901 juta pengguna aktif dan laman web secara meluas melintasi paras satu bilion manakala Twitter pula mempunyai bilangan pengguna aktif 140 juta.


Satu laman web memberi kenyataan yang sejak enam tahun Twitter dilancar, pertumbuhan menunjukkan kadar yang perlahan. Jurucakap Twitter, Carolyn Penner berkata kepada CNN, pertumbuhan yang aktif dapat dilihat apabila mereka mempunyai pengguna aktif sebanyak 140 pada Mac lepas dan hanya 100 juta yang aktif pada September lalu.


“Untuk mencapai ke arah tersebut, ia memerlukan masa tiga tahun, dua bulan dan satu hari untuk mencapai satu bilion Tweet, dan kini kita dapat lihat satu bilion Tweets setiap tiga hari,” katanya.


Dalam satu kajian yang dijalankan, Pew mendapati peratusan penduduk AS yang menggunakan Twitter  berjumlah 15 peratus pada Februari lalu dan hanya 13 peratus menggunakan Twittter yang sama menggunakan platform blog Mei tahun lalu.


Pew juga berkata, bilangan pengguna dewasa yang menggunakan Twitter pada hari biasa meningkat dua kai ganda sejak Mei tahun lalu dan meningkat empat kali ganda sejak 2010.


Smith menambah, dari kajian memlalui temu bual di telefon, pertumbuhan Twitter didorong apabila ramai anak muda menggunakan aplikasi mudah alih bagi membuka akaun Twitter. Ini merupakan trend terkini apabila mereka tertarik untuk menggunakan akses yang berterusan ini masuk ke dalam akaun Twitter.


Sesetengah pemerhati pula berkata yang Twitter dan facebook memberi tujuan yang berbeza, Twitter lebih kepada berita manakala facebook pula memainkan peranan dalam talian untuk persahabatan.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com