expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, 10 June 2012

Peluang rakyat berurus niaga guna dirham perak


















Dirham perak yang sudah dua tahun dilancarkan sebagai mata wang alternatif negeri ini.


KOTA BHARU- Kerajaan Kelantan buat julung kalinya akan membuka ruang kepada rakyat di negeri ini dan masyarakat luar untuk menjalankan urus niaga menggunakan dirham perak yang sudah dua tahun dilancarkan sebagai mata wang alternatif negeri ini.


Peluang tersebut akan diberikan kepada mereka yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman menjalankan urus niaga dengan mata wang sunnah itu di Expo Perdagangan Halal Sedunia yang akan berlangsung dari 15 hingga 21 Jun depan.


Expo yang akan didakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV itu memerlukan pengunjung menukar wang kertas mereka terlebih dahulu di kaunter pertukaran dinar dirham disediakan di kawasan expo tersebut.


Kadar nilai tukaran semasa ialah satu dirham bersamaan RM25, manakala setiap transaksi bernilai RM15 dan ke atas, pengunjung dikehendaki menggunakan dirham perak untuk membeli barangan tersebut.


Misalnya, jika pembeli membayar harga barangan bernilai RM20 dengan satu dirham maka penjual akan memulangkan baki sebanyak RM5 kepada pembeli. Untuk membayar barangan yang berharga RM135, pembeli boleh membayar lima dirham(bersamaan RM125) dengan disertakan RM10.


Tawaran istimewa kepada pengunjung ekspo ini yang menukar RM5,000 dengan 20 keping Dirham Edisi Khas Wanita atau Belia yang setiap satu berdenominasi 10 dirham akan mendapat satu keping lagi dirham yang serupa bernilai RM250 secara percuma.

1 comment:

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com