expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Petua untuk ibu hamil dan kanak-kanak
- Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak
kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam
dan campurkan dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan
pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu
hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.
-
Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua
ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari
hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika
hamil.
- Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk
menghilangkannyan bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam.
Insya-Allah ruam beransur hilang.
- Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan. Untuk
menghilangkannya, anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas
kelapa. Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah di gosok
daki itu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan
hasilnya pasti memuaskan.
- Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua
ini. Gunakan tiga jari anda ( ibu jari, jari telunjuk, dan jari hantu). Baca
selawat tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam
secawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakan air
yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi minum kepada
bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.
Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment