expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday 1 June 2012

Beraneka warna, potongan























TUDUNG...ambil tudung berhud kemudian letakkan di kepala. Untuk tampil kemas, sematkan pin pada bahagian kiri dan kanan.


KEPELBAGAIAN gaya ikatan tudung memberi pilihan kepada wanita Muslimah untuk tampil mengikut acara yang dihadiri. Jika dulu wanita mudah menyarungkan tudung bersengkuap atau Syria kerana senang dipakai tetapi kini penghasilan tudung berhud menyerlahkan personaliti berbeza. Ia tidak hanya menjurus kepada wanita berkerjaya, malah sesiapa juga mampu menggayakannya.


Tudung berhud yang dihasilkan daripada fabrik lycra, sifon dan kapas kini muncul dengan pelbagai warna dan potongan. Antara yang mendapat perhatian ialah rekaan berwarna-warni daripada butik Adreesya Hijab & Shawl yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.



















 


ANAK TUDUNG...pakai anak tudung jenis tudung Syria.

























 
SELENDANG...ambil selendang panjang fabrik kapas, kemudian letakkan di kepala dengan sebelah kanan lebih pendek berbanding kiri.

























 
PIN...letakkan pin pada bahagian tengah selendang.

























 
LILIT...kemudian lilit hujung selendang pada bahagian panjang menjadi seperti bentuk sanggul.

























 
BEGINI...lilitan haruslah kemas dan menjadi seperti ditunjukkan pada gambar ini.

























 
PENDEK...lebihan hujung selendang dililit kemas.


Memperkenalkan pelbagai jenis tudung termasuk Syria dan selendang, pemiliknya, Syaffina Riza Januar terpanggil untuk menghasilkan tudung berhud memandangkan permintaan daripada wanita yang ingin bergaya mengikut acara yang akan dihadiri mereka.


“Menyedari permintaan wanita yang ingin tampil anggun dan cantik, penghasilan tudung berhud diharap mampu memenuhi keperluan wanita Muslimah dalam pelbagai acara.


“Selain mudah dipakai, ia juga memberi pilihan kepada kaum hawa hadir dalam personaliti berbeza mengikut tema pakaian mereka,” katanya yang turut menjual menerusi dalam talian.


Menggunakan rona terang dan digabungkan dengan warna pastel untuk selendang, setiap rekaan pasti menarik perhatian ramai.


Namun sebelum memakai tudung berhud, untuk lebih manis dan anggun, wanita harus mengenakan ikatan selendang ala sanggul supaya nampak kemas.


Untuk lebih lengkap, model  menunjukkan langkah memakai tudung berhud kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012-2017.All rights reserved by seribupilihan.blogspot.com