KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang
lebih tinggi.
BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan
kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang
biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan
bertambah baik dalam Matematik.
Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan
Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya,
namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran
yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes
sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal.
Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak
terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan
yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam
matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI
terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di
korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
MATEMATIK memerlukan tumpuan yang
lebih untuk menguasainya.
Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin
kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan
sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga
bulan.
Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari,
lompat tali dan bersenam.
Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan
senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya
tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua
aktiviti dan oksigen saling berkait.
No comments:
Post a Comment