Mari kita mengenali spesies-spesies
tikus belanda yang kiut-miut nie..Untuk mereka yang suka pelihara binatang ni,
disini saya ada kongsikan beberapa baka untuk anda kenali..Anda bolehlah
dapatkan baka ini di kedai-kedai haiwan berdekatan anda..Antara spesiesnya:
Texel
Spesies tikus Belanda jenis Texel agak istimewa kerana ia
berbulu kerinting. Bulunya berlingkar dan meliputi keseluruhan badannya
termasuk bahagian perut.
Rex Breed
Baka tikus Belanda Rex Breed mempunyai bulu yang pendek di
seluruh badannya. Beza baka ini boleh dilihat dari segi saiz yang lebih besar
dan ketebalan saiz kuku di bahagian kaki belakang lebih tebal.
Silkie dan Sheltie
Silkie atau Sheltie merupakan baka tikus Belanda yang
dikenali sebagai Angora. Spesies ini juga berbulu panjang tetapi berbulu pendek
dibahagian kepalanya. Dikatakan bulunya lebih lembut dan berkilat jika
dibandingkan dengan spesies Peruvian.
American atau English Short Hair
Tikus Belanda jenis American juga dikenali sebagai English
Cavy. Ia bersaiz kecil, berbulu pendek dan boleh didapati dalam pelbagai jenis
warna. Spesies ini merupakan antara jenis baka yang paling mudah ditemui dalam
pasaran.
Peruvian
Baka tikus Belanda jenis Peruvian mempunyai bulu yang panjang
dari bahagian kepala hingga ke badan. Bulu tersebut boleh memanjang sehingga 50
sentimeter. Oleh kerana saiz bulunya yang panjang, pemilik haiwan baka ini
adakalanya berhadapan dengan masalah membezakan bahagian depan dan belakang
badan tikus tersebut kerana bulunya menutupi bahagian kepalanya.
Coronet
Tikus Belanda jenis Coronet agak istimewa kerana ia mempunyai
belahan rambut di bahagian kepala seolah-olah berjambul panjang. Warnanya juga
agak unik kerana ada di antaranya memiliki sehingga empat warna pada tubuh
tikus Belanda jenis ini.
Hairless Breeds
Spesies tikus Belanda jenis ini boleh dikatakan agak gondol
dan kulitnya berkedut-kedut. Baka jenis ini hanya boleh dibela dalam keadaan
cuaca panas dan ia memerlukan jagaan yang istimewa.
No comments:
Post a Comment