SAIN bersama keluarganya.
AKI dan tangan Sain yang terus
membesar menyukarkan dia bergerak.
LAHORE:
Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki
dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat
jodoh.
Sain Mumtaz,
22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa
bahagian tubuhnya terus membesar.
Dia sudah
diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya
Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan
secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.
Sain dikatakan mengalami sindrom Proteus - yang turut menyerang “Lelaki Gajah”
Joseph Merrick berikutan kecacatan simetri pada wajah dan tengkorak kepalanya.
Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan
dia kecewa dan murung.
Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus
hidup dengan baik.
Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai “kawan gergasi” mereka dan berazam
untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita
idamannya.
Sain berkata: “Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki
saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa
yang lain.
“Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti
orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan
kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.
“Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan
saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di
luar.
“Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh
dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya,” katanya.
Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia
menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.
Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada
apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.
Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan
jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.
Bapanya, Wazir Ali berkata: “Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan
sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan
sehariannya.
“Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan
perniagaan beca dan mendapat isteri,” katanya. - DM
|
No comments:
Post a Comment